3.1 Konsep Etika Komputer
· Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
· Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau dilema yang membabitkan etika.
· Penggunaan komputer dalam era maklumat
1. Penggertak (Cracker)
• Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
2. Penyalahgunaan internet
• Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya dalam kalangan remaja.
3. virus
• Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.
4. Hak cipta terpelihara
• Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
5. Perisian cetak rompak
• Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
· Prinsip Etika Komputer
1. Keseimbangan
• Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2. Keizinan Termaklum
• Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi serta bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
3. Keadilan
• Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
- Meminimumkan Risiko
• Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.
· Panduan Pengguna Komputer
3.2 Cara Membuat Brosur Menggunakan Microsoft Publisher
· Fungsi Brosur
· Cara Membuat Brosur
No comments:
Post a Comment